WASIAT PEJUANG

“Jangan menyerah diri kepada musuh, biarlah mati di dalam hutan, jantan sebagai pahlawan.” “Jangan percaya kepada pembesar-pembesar Melayu kita yang menjadi kakitangan British itu. Itulah sebabnya mengapa peperangan Bahaman telah menderita kekalahan”. “Haruslah kamu semua menyokong Rejimen Ke-10 melancarkan peperangan terhadap British, sekali-kali jangan berkhianat, siapa berkhianat akan disumpah dan akan celakalah seumur hidupnya.” - Pahlawan Islam Dato Bahaman

bersama che'gu bard di bukit rambai,melaka..

bersama che'gu bard di bukit rambai,melaka..

Followers

About Me

My photo
PERUBAHAN HARUS DIDESAK BUKAN DITUNGGU!!!

visitor no

Pak Kudus, Pengasas KEADILAN Meninggal Dunia..

Salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat yang gigih dan komited, Abdul Kudus Omar meninggal dunia pada usia 70 tahun akibat serangan jantung hari ini.pak-kudus


Beliau meninggal dunia kira-kira pukul 11.40 pagi tadi di Institut Jantung Negara setelah dimasukkan ke Unit Penjagaan Intensif (ICU) sejak meinggu lalu.


Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Kudus pernah memegang jawatan Ketua Cabang Tanjung Karang sebelum memberi laluan pada pemilihan kali ini.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan pemergian Pak Kudus sebagai satu kehilangan besar keluarga KEADILAN.


"Pak Kudus salah seorang pengasas yang menentang arus semasa tercetusnya reformasi. Beliau sanggup berceramah di tengah-tengah sawah atas lori.


"Saya tidak akan lupa pengalaman dengan Pak Kudus dengan senikata lagu 'Suci Dalam Debu -


Suatu hari nanti pastikan bercahaya,
Pintu akan terbuka kita langkah bersama,
Di situ kita lihat bersinarlah hakikat,
Hina jadi mulia, debu jadi permata.


"Beliau berani dengan penuh hikmah dan komitmen sehingga akhir hayat. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya," ujar beliau.


Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi berkata parti kehilangan seorang tokoh yang banyak berjasa dan ikhlas kepada perjuanhgan parti sejak bermulanya era reformasi.
"Angkatan Muda amat merasakan kehilangan beliau. Saya menyeru ahli parti terutamanya yang baru menyertai KEADILAN supaya mencontohi semangat dan jiwa besar Pak Kudus dalam perjuangannya menegakkan keadilan di negara ini sejak awal lagi.


"Beliau boleh dikatakan sebagai salah satu butir mutiara dalam KEADILAN yang telah berjuang dengan penuh keikhlasan dan komitmen kepada nilai-nilai perjuangan," kata Shamsul.


Pak Kudus sebelum bersara daripada perkhidmatan kerajaan adalah Pegawai Penyiasat Cawangan Khas yang pernah bertanggungjawab menyoalsiasat Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketia beliau ditangkap pada awal tahun 1970an berhubung demonstrasi pelajar di Baling.


"Anwar Ibrahim seorang manusia hebat dan berjiwa besar. Sepanjang yang saya kenalinya, beliau adalah seorang insan yang amat konsisten dengan pendirian dan keyakianan perjuangannya," kata Pak Kudus kepad Suara Keadilan dalam satu temuramah semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.


Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan soliheen dan muttaqeeen.


Al-Fatihah.


Powered By Blogger

Ramli: Eh.. Sudin, ini bacanya apa macam?
Sudin: Alim Mim Nun Wau, alip tendang wau .. sarkis daa
Ajis: Ape da sarkis.
Ramli: Hey, ini sikit punya panjang bacanya sarkis?
Sudin: Itu yang panjang tu bunga saje, yang sikit tu la sarkis. tak reti?
Ramli: Tulis pakai bunga?
Sudin: Abis takkan hutang je pakai bunga?
































kekejaman PDRM!!!

kekejaman PDRM!!!











90 ekor je, katak OH katak..

90 ekor je, katak OH katak..

merdeka kah kita sebenarnye!!!

siapakah yg memerdekakan negara kita,sudah merdeka kah negara kita skrg ni,adakah UMNO,B END pahlawan dan pejuang kemerdekaan negara kita,siapakah MALAYAN UNION???kenapa dan mengapa UMNO,B END dari dulu sampai skrg memutar belit kan sejarah yg sebenar!!!kenapa UMNO,B END menyorok kan pahlawan dan pejuang kemerdekaan tanahair kita yg sebenar!!!mengapa UMNO,B END membuang pahlawan dan pejuang kenerdekaan tanahair kita yg sebenar!!!kenapa UMNO,B END mengaku mereka lah pahlawan dan pejuang kemerdekaan tanahair yg sebenar walhal bukan mereka pahlawan dan pejuang kemerdekaan tanahair yg sebenar!!!KENAPA DAN MENGAPA SEMUA INI BERLAKU,KENAPA UMNO,B END HARUS TAKUT DGN KENYATAAN DAN MENGAPA HARUS MEMUTAR BELIT KAN SEJARAH YG SEBENARNYA!!!

KEKEJAMAN YAHUDI TERHADAP UMAT ISLAM DI GAZA.

saksikanlah keadaan umat islam di GAZA yg belum tentu nasibnya macam mana di masa akan datang.hidup umat islam di GAZA sentiasa didalam ketakutan, terbiar dan sengsara.bayangkanlah betapa sedih rasanya hidup mereka yg cukup terseksa.bayangkanlah kehidupan umat islam di GAZA yg penuh dgn kezaliman, kerana maruah dan kuasa YAHUDI sanggup membunuh semua insan yg tak berdosa termasuk anak-anak kecil yg tak bersalah.betapa sedih rasanya hidup mereka yg penuh dgn kekejaman dan kezaliman.adakah kita semua dgr setiap jeritan suara batin setiap umat islam dan setiap anak-anak kecil di GAZA, tak siapa pun yg mendengarnya!!!bayangkanlah betapa perit dan seksanya utk mereka meneruskan kehidupan dari hari ke hari, pernah kah kita terfikir dan tahu???kekejaman YAHUDI terhadap umat islam di GAZA tiada batasnya.bilakah masanya kan tiba, hapuskan segala sengketa,kekejaman dan kezaliman terhadap GAZA???apakah yahudi ini sudah lupa yg hidup kita ini hanyalah sementara, tiada siapa pun yg kekal diatas muka bumi ini melainkan ALLH S.W.T.selamatkan lah umat islam di GAZA YA ALLAH YA TUHAN KU..

RAHSIA YAHUDI YG PATUT SEMUA TAHU..

Korang nak tahu sesuatu tak? Sejak dahulu lagi, kita telah ditipu secara terang-terangan. Sebab tu lah aku suka tengok Channel History [ tak ingat no channel dia ] sebab dari channel tu kita boleh tengok dunia dari segi yang satu lagi; penipuan oleh mereka yang suka menipu. Di bawah ini aku ada beberapa point yang nak ditegaskan kat sini. Kalau korang tak nak percaya, tak perlu komen pakai nama anony lepas tu nak rage aku.

Seorang paderi berpangkat tinggi: Nabi Muhamad dan sahabat2nya membina persekitarannya seperti “molekul-molekul yg disusun sebelah-menyebelah dan mengikat kuat antara 1 sama lain….” Lucifer telah berputus asa terhadap perkara-perkara yg besar, maka Nabi Muhamad mengingatkan sahabat2nya akan perkara2 yg kecil (molekul) dan kerosakan yg sekecil (molekul) telah berlaku kpd islam sedetik selepas Nabi Muhamad diambil tuhannya. kerana tuhan kepada Nabi Muhamad menghitung pahala dan dosa sekecil zarah molekul , dan ikatan molekul-molekul2 ini boleh menjadi longgar dengan dihentam oleh daya sekecil zarah secara berterusan… maka sekecil zarah lah kami membina perkara-perkara di dunia ini… dan selebihya Lucifer akan menguruskanya cuba lihat kesenangan di dunia ini yg tiada pada Zaman Nabi Muhamad dahulu…. apa yg ada di dunia skrng inilah yang membina hati2 dan jiwa2 kamu… yg sedikit pun kami tidak ambil, padahal kami yg membinanya hanya untuk kamu….. lihatlah manusia di sekeliling kamu.. kebahagiaan mereka bergantung kpd “barangan buatan kami”…. ya,mereka sudah tidak mengerti bagaimana mahu bahagia dgn “barangan buatan tuhan”….. mereka semua akan sujud di kaki kami dan meninggalkan Nabi Muhamad … kami tidak perlu mempertahankan ”barangan buatan kami” apabila Muhamad ingin menghancurkannya… tetapi lihatlah! Mereka yang akan mempertahankannya sendiri… maka tercabutlah Syahadah dari roh mereka…


HURAIAN :

Lihatlah manusia zaman sekarang. Apa yang dikejar oleh mereka? Kemewahan dan kesoronokan semata-mata ! Saya tertarik dengan kata-kata dari Bishop tersebut: Lucifer telah berputus asa terhadap perkara-perkara yg besar, maka Nabi Muhamad mengingatkan sahabat2nya akan perkara2 yg kecil (molekul) dan kerosakan yg sekecil (molekul) telah berlaku kpd islam sedetik selepas Nabi Muhamad diambil tuhannya. kerana tuhan kepada Nabi Muhamad menghitung pahala dan dosa sekecil zarah molekul , dan ikatan molekul-molekul2 ini boleh menjadi longgar dengan dihentam oleh daya sekecil zarah secara berterusan… maka sekecil zarah lah kami membina perkara-perkara di dunia ini… dan selebihya Lucifer akan menguruskanya Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis rekod Nabi Muhamad: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil." Antara “barangan buatan” yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhammad ? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).
6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni juga menwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita juga.

Firman Allah: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 168

Firman Allah: Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. Al-Quran Surah Al-Maidah Ayat 88

Firman Allah: Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. Al-Quran Surah An-Nahlu Ayat 114

Sumber:
http://wawwi.com/blogwalking

TAK GENTAR KE TALI GANTUNG

Massa revolusioner Lubuk Kawah telah mewarisi tradisi mulia perjuangan Datok Bahaman, rela bergalang tanah daripada bertekuk lutut kepada kaum penjajah. Mereka gagah berani dan pintar dihadapan musuh serta mempunyai semangat pengorbanan yang tinggi, tak takut menghadapi seksaan dan tali gantungan musuh. Dua contoh yang menarik boleh dipaparkan di sini.


Suatu pagi waktu subuh, setelah Undang-undang Darurat diisytiharkan, satu kompeni askar penjajah telah datang mengepung rumah-rumah orang ramai di kampung itu, memaksa warga turun dari rumah dan berbaris untuk diperiksa. Dalam peristiwa itu, seorang pemuda revolusioner anggota PKMM telah ditangkap lalu hendak digiring ke penjara.

Dalam saat-saat mencemaskan itu, pemuda tersebut berpura-pura hendak buang air besar dan meminta kebenaran dari seorang pegawai di situ. Dengan dikawal
ketat-ketat oleh beberapa orang askar ia pergi ke tandas dalam sungai. Tiba di tandas, ia perlahan-lahan turun dalam air lalu menyelam dan segera melepaskan diri dengan selamatnya. Setelah lama menunggu di luar tandas, askar-askar itu merasa curiga lalu menyerbu ke dalam tandas yang kosong itu. Barulah mereka tahu bahawa mereka telah diperdayakan.


Setelah berjaya melepaskan diri, pemuda revolusioner tadi berusaha menghubungi pasukan gerila. Akhirnya dia telah diterima menjadi perajurit Rejimen Ke-10.


Seorang lagi pemuda revolusioner bernama Omar, anggota PKMM yang menjadi anasir cergas Rejimen Ke-10 telah ditangkap kaum penjajah dan dikenakan hukuman gantung. Kali pertama ia telah ditangkap bersama bapanya dan dipenjarakan selama 1 tahun. Setelah dibebaskan, bapanya tidak dibenarkan lagi tinggal di Lubuk Kawah. Sungguhpun begitu Omar dibenarkan menetap di Lubuk Kawah dengan syarat ia tidak lagi menyokong komunis atau Rejimen Ke-10.


Tetapi Omar tetap bersemangat berkobar-kobar dan menjalankan berbagai tugas revolusi. Suatu kali, tentera upahan penjajah telah menyerbu kampung. Mereka telah menjumpai barang-barang yang Omar belikan untuk Rejimen Ke-10 yang belum sempat diserahkan. Omar ditangkap untuk kedua kalinya dan dibawa ke penjara.


Di dalam penjara, Omar dikenakan bermacam-macam seksaan termasuk menggunakan karan elektrik. Akan tetapi tekadnya teguh tak tertundukkan. Akhirnya kaum penjajah telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas patriot Omar di Raub.


Omar adalah seorang patriot dan pahlawan kemerdekaan!

Perjuangan Datuk Bahaman menentang penjajahan Inggeris di Pahang..

Perjuangan Datuk Bahaman menentang penjajahan Inggeris di Pahang (1891–95) banyak memberi ilham dan dorongan kepada generasi anak Pahang yang berikutnya dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, selepas Perang Dunia Kedua. Malah, penglibatan mereka dalam perjuangan bersenjata, meskipun bersama PKM, boleh juga dilihat sebagai penyambung perjuangan Datuk Bahaman. Salah seorang zuriat Datuk Bahaman yang terlibat secara aktif dalam perjuangan kemerdekaan ialah Abu Samah Mohd. Kassim, anak Pahang kelahiran mukim Semantan, Temerloh. Bermula sebagai pemimpin kecil dalam gerakan politik kiri (PKMM/API). Abu Samah kemudiannya menjadi salah seorang pemimpin utama dalam Rejimen Ke-10, Tentera Rakyat Malaya dan PKM. Perjuangannya berpanjangan lebih setengah abad, dari Pahang hingga ke Selatan Thailand. Meskipun dia mungkin kurang dikenali berbanding rakan seperjuangannya Rashid Maidin dan Abdullah C.D., tetapi dia telah menyertai perang gerila menentang Inggeris sejak tahun 1948 dan telah menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat PKM sejak tahun 1975. Oleh itu, buku biografinya ini akan menunjukkan bahawa dia adalah salah seorang pejuang kiri kemerdekaan yang penting dan patut diberi pengiktirafan. Author: Mohamed Salleh Lamry

PUSARA DATO' BAHAMAN

Walaupun Datok Bahaman telah diiktiraf sebagai pejuang bangsa menentang penjajahan Inggeris, namun belum ada usaha yang bersungguh-sungguh menjejaki pahlawan bangsa tersebut. Sehingga kini, belum terungkap di mana letaknya pusara Datok Bahaman dan pengikut-pengikutnya.

Untuk menyingkap misteri tersebut, Abu Samah Mohd. Kassim bersama Abdullah C.D. , Suriani Abdullah dan Siti Norkiah telah berkunjung ke Chiangmai pada tahun 1996. Seorang pegawai tentera Thai yang bertugas di Unit Penghubung di kampung Perdamaian Sukhirin telah membantu perjalanan mereka.

Dalam catatannya yang diabadikan dalam buku SEJARAH DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN, terbitan Nan Dao Publisher, Hongkong 1996, Abu Samah menulis:

Akan tetapi yang amat menarik minat saya ialah ketika kami berempat berkunjung ke Chiangmai, Utara Thailand. Sebagaimana di fahamkan bahawa Datok Bahaman dan pejuang-pejuang Pahang melawan penjajah British telah diusir ke Utara Thailand dan dilindungi oleh Seri Maharaja Siam dan ditempatkan di sebuah perkampungan khas. Dengan maksud mencari zuriat Datok Bahaman – Orang Kaya Semantan – dan para pejuang Pahang lainnya, pada bulan Ogos 1996, kami berempat telah berkunjung ke sana.

Dengan dipandu oleh Kaptan (pukong)yang bertugas sebagai Ketua Chut Patibatkarn (Unit Penghubung) di Kampung Chulabhorn Patana 12, kami berjaya menemui satu keluarga saya dari zuriat Datok Bahaman yang bernama Soliha Hanapi (49 tahun) [gambar kanan] dan suaminya Imam Shukri serta anak-anaknya. Oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti kesuntukan masa, kurang lancarnya penterjemahan bahasa dan penukaran nama-nama asal para pejuang Pahang yang lampau, agak sukar untuk mengusut zuriat-zuriat yang lain. Walaupun begitu, menurut Soliha, dari apa yang diceritakan oleh allahyarham bapanya bahawa di atas sebuah bukit yang tak jauh dari Stesyen Keretapi Lampang, Thailand terdapat kubur tempat bersemadinaya Datok Bahaman. Katanya lagi dalam masa 60-70 tahun yang lalu, kubur itu dianggap keramat, sentiasa dikunjungi bukan saja orang-orang Islam, tetapi penganut-penganut Buddha dan lain-lain. Mereka datang selain untuk mendapatkan ilham juga bernazar atau melepaskan niat.

Memang benar, disebelah hadapan stesyen keretapiKhuntan, di atas sebuah bukit terdapat satu kubur yang tambak dan batu nesannya tumbang dan patah. Apakah ini benar pusara Datok Bahaman? Kami belum dapat memastikannya, masih perlu melalui penyiasatan dan pengkajian lanjut. Insya Allah, kami akan berusaha ke arah itu.

Pada hari yang sama, saya berkesempatan bercakap-cakap dengan seorang wanita Buddha kira-kira dalam usia 60 tahun bangsa Thai, tuan punya kedai menjual barang-barang runcit di stesyen keretapi Khuntan. Dia memberitahu bahawa menurut dari cerita bapanya, dulu kawasan ini Seri Maharaja Siam berikan kepada orang-orang Melayu dari luar membuka perkampungan. Setelah itu beberapa kali tempat ini diserang oleh puak-puak tertentu dan akhirnya kampung Melayu itu musnah, banyak yang mati dan yang lain berundur ke Chiangmai.

SURAT PARTI KOMUNIS MALAYA KEPADA KERAJAAN MALAYSIA

PKM telah mengumumkan manifesto program pada 22 Disember 1955 dalam mana telah menjelaskan tujuan parti kami berjuang untuk melaksanakan kemerdekaan, demokrasi dan keamanan di Malaya serta mengemukakan jalan yang betul bagi melaksanakan tujuan itu.

Rundingan damai telah diadakan di Baling pada penghujung bulan Disember yang lalu. Di dalam pertemuan itu PKM telah mengambil sikap yang paling sabar dan bertolak ansur dan berikhtiar dengan sedaya upaya supaya rundingan itu boleh mencapai persetujuan supaya rakyat di seluruh negeri boleh bersatu lebih erat lagi dan berjuang untuk melaksnakan kemerdekaan tanah air.

Oleh itu, parti kami telah menyatakan dengan terus terang bahawa kami sanggup memberhentikan perlawanan-perlawanan dan menamatkan peperangan asal saja pihak yang berkuasa Malaya sanggup mengambil sikap yang munasabah, umpamanya membatalkan Undang-Undang Drurat, Memberikan hak-hak demokratik dan kebebasan politik kepada rakyat seluruh Malaya termasuk orang-orang komunis, menjamin tidak melakukan keaiban politik dan pembalasan ke atas batang tubuh orang-orang komunis dan anggota-anggota tentera kebebasan dan lain-lain. Tetapi sangatlah dikesalkan kerana pihak lawan di dalam perundingan itu menolak sama sekali kepada usulan-usulan kami yang munasabah, tetap berpegang kepada syarat-syaratnya yang tidak menasabah yang memaksa pihak kami supaya menyerah diri, sedangkan syarat-syarat yang kasar dan tidak munasabah itu tak dapat tidak kami tolak dengan tegas sehingga menyebabkan pertemuan itu tidak dapat mencapai persetujuan. Dari sini bolehlah nampak bahawa sebabnya pertemuan Baling itu tidak mencapai hasil adalah sama sekali kerana haluan yang telah lama sedia ditetapkan oleh British sebelum pertemuan itu lagi untuk mengkhianati rundingan damai tersebut.

Sesudah pertemuan Baling itu, British telah mengadakan rundingan London dengan pihak yang berkuasa Malaya. Hasil-hasil rundingan itu membuktikan bahawa British telah membuat sesetengah tolak ansur kepada pihak yang berkuasa Malaya, tetapi Malaya tidakpun mendapat kemerdekaan, Malaya masih tetap sebagai tanah jajahan British. Mesti ditegaskan bahawa tolak ansur itu telah dibuat oleh British juga kerana menerima tekanan-tekanan dari gerakan kemerdekaan rakyat negeri kita dan perjuangan parti kami. Apa yang lebih penting lagi ialah British masih mempunyai satu niat jahat yang baru iaiatu mencuba dengan menerusi sesetengah tolak ansur itu untuk mengumpan sebahagian anasir-anasir atasan Malaya supaya bekerjasama dengannya untuk meneruskan peperangan bagi mencapai tipu daya niat jahatnya “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya”.

PKM yang bertanggungjawab untuk menyedarkan rakyat seluruh negeri, menuntut kepada rakyat seluruh negeri supaya mengambil pengertian yang waras kepada tipu daya kaum kolonial British yang jahat itu. Boleh dipastikan, jika sekiranya tipu daya British itu berhasil dan peperangan di Malaya terus menerus berkepanjangan, maka bukan saja segala bangsa-bangsa yang berpersaudaraan di negeri kita akan saling membunuh dan kesengsaraan rakyat di negeri kita akan semakin bertambah-tambah, tetapi juga ada kemungkinan bagi kaum kolonial menggunakan kelanjutan peperangan dan perpecahan di dalam Malaya untuk mengetatkan lagi penguasaannya kepada Malaya, melambatkan kemerdekaan Malaya, bahkan menghampakan sama sekali segala penyerahannya kepada Malaya dahulu.

Oleh itu, PKM berpendapat bahawa kewajipan mustahak bagi segala bangsa, segala lapisan dan segala parti dan perkumpulan-perkumpulan di negeri kita sekarang ini ialah untuk mencegah perpecahan, meneguhkan perpaduan, meleburkan tipu daya yang jahat dan bisa dari British iaitu tipu daya “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya” dan berjuang untuk kemerdekaan, demokrasi dan keamanan negeri kita.

PKM berpendapat bahawa kemerdekaan, demokrasi dan keamanan Malaya adalah saling berkaitan dan tak boleh dibelah bagi. Parti kami sedang dan akan berjuang terus menerus dengan tidak sayang menggunakan segala tenaga untuk memulihkan keamanan. Parti kami menyatakan sekali lagi dengan tegasnya bahawa sebarang percubaan untuk memaksa parti kami menyerah diri itu semestinya akan gagal, tetapi kalau pihak yang berkuasa Malaya sanggup menamatkan peperangan dengan bersendikan syarat-syarat yang adil dan menasabah sebagaimana yang kami sebutkan di atas itu, maka kami adalah mengalu-alukan supaya rundingan-rundingan diadakan semula.

Dengan ikhlasnya kami menasihati lagi kepada pihak yang berkuasa Malaya bahawa orang-orang yang menumpahkan taat setianya kepada usaha kemerdekaan negeri kita hendaklah dan tidak pula susah dengan penuh kesanggupan meninggalkan sikap yang dipertahankan oleh British untuk memaksa pihak kami menyerah diri itu, dan mengadakan semula rundingan-rundingan dengan parti kami di bawah syarat-syarat yang adil dan menasabah, kalau tetap berpegang kepada haluan yang salah untuk memaksa orang-orang komunis menyerah diri sehingga peperangan tak dapat ditamatkan dan keamanan tak dapat dipulihkan dengan segera, nescaya akan jatuh ke dalam perangkap British dan merosakkan usaha kemerdekaan negeri kita, bahkan tidak akan dapat terelakkan daripada tanggungjawab meneruskan peperangan, tidak syak lagi, bahawa di dalam keadaan yang demikian itu pihak kami akan terpaksa meneruskan penentangan bersenjata yang semestinya bagi membela kepentingan kemerdekaan bangsa dan tanah air.

Saudara-saudara di seluruh negeri! Bersatu padulah lebih erat lagi, mencegah perpecahan, meleburkan niat jahat British “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya” dan berjuang dengan sekeras-kerasnya untuk kemerdekaan, demokrasi dan keamanan negeri kita! Kita pasti mencapai kemenangan asal saja kita bersama-sama berusaha.

Jawatankuasa Pusat

Parti Komunis Malaya

5 Mac 1956

nota: dokumen surat kenyataan PKM ini disiarkan atas kerjasama Muzium Sejarah, Kampung Perdamaian Sukhirin

UMNO TALIBARUT BRITISH

UMNO berjuang untuk kemerdekaan, kemerdekaan dicapai melalui perjuangan UMNO tanpa tumpah darah dan lain-lain menjadi catatan resmi sejarah negara. Setiap kali hari kemerdekaan, kita akan dapat dengar rangkai kata tersebut dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.


Di sebalik rangkapan tersebut tersimpan seribu rahsia yang mahu diselindung oleh UMNO. Sejarah perjuangan kemerdekaan sebelum tahun 1946 cuba ditutupi, terutamanya Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang kemudiannya disambung pula oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan organisasi-organisasi politik di bawahnya seperti API, PETA, AWAS, Barisan Tani Malaya, Kesatuan Buruh Melayu, Hizbul Muslimin dan lain-lain.



Bila kita membaca kenangan yang dicoretkan oleh pejuang-pejuang terdahulu, terumatanya perjuangan kemerdekaan pada tahun-tahun 1930-40-an, kita akan dapat melihat bahawa sejarah tanah air kita telah diputarbelitkan oleh kaum penjajah dan diteruskan oleh UMNO sehingga hari ini.


Ahmad Boestamam seorang pejuang veteran KMM dan PKMM dan juga pemimpin
sekaligus pengasas API jelas menyebut bahawa UMNO di bawah pimpinan Datok Onn bukan sahaja tidak berjuang untuk kemerdekaan, tetapi bersekongkol dengan penjajah British menekan gerakan kemerdekaan. Bahkan strategi UMNO itu sendiri diatur oleh kaum penjajah British. Perisytiharan Darurat 1948 selain bertujuan untuk menekan gerakan kiri juga bertujuan memberi peluang kepada UMNO naik ke pentas politik tanpa saingan.

Ahamd Boestamam dalam bukunya Datok Onn Yang Saya Kenal menulis:


“Bukan sekadar itu saja bahkan PKMM juga menyarankan dikembalikan semula kegemilangan silam bangsa Melayu di zaman-saman Majapahit, Sriwijaya dan Melaka dulu – yang merupakan matlamat perjuangannya yang telah diputuskan dan dipersetujui.”

“Saranan PKMM ini sering benar dipertikai oleh tokoh-tokoh UMNO terutama Datok Onn, walaupun PKMM masih lagi merupakan anggota gabungan UMNO. Sindiran yang paling lumrah dipergunakan dalam ciahan ini ialah: MEMBUAT SEBATANG JARUM PUN TAK TAHU, HENDAK MERDEKA
PULA KONON.”

“Sekarang Inggeris dan UMNO, secara tidak diisytiharkan, bersekongkolan batin ‘memerangi PKMM, PUTERA-AMCJA, API dan lain-lain gerakan kiri demi kehancuran gerakan-gerakan tersebut. Korban pertama dari persekongkolan ini ialah API (Angkatan Pemuda Insaf) yang saya pimpin diharamkan dalam bulan Julai 1947, hampir setahun sebelum Undang-Undang Darurat diisytiharkan dan Parti Komunis Malaya diharamkan.”


“Persekongkolan ini tambah menyata apabila penjajah Inggeris mengadakan rundingan-rundingan mencari kata sepakat atas corak pemerintahan Malaya yang baik dan daapt diterima bersama dengan gembong-gembong atau tokoh-tokoh UMNO di bawah pimpinan Datok Onn.”

“2. Kerasnya ucapan-ucapan Datok Onn terhadap gerakan-gerakan kiri di masa-masa akhir. Misalnya dalam salah satu ucapannya itu beliau terang-terang dan tegas memberi amaran kepada rakyat Malaya dengan berkata-kata HUBAYA, HUBAYA, HUBAYA, MUSUH TURUN DARI GUNUNG.”

“3. Kehancuran gerakan-gerakan kiri perlu demi membuka dan memberikan peluang kepada UMNO memperkuatkan diri tanpa sebarang halangan dari ‘lawan politiknya’. Dengan lain perkataan tindakan Inggeris itu bertujuan melahirkan suatu vacuum, suatu kekosongan, dan kekosongan inilah yang dikehendaki oleh Inggeris supaya diisi oleh UMNO.”

Mengikut Ahmad Boestamam, MUSUH DARI GUNUNG ditujukan kepada PKMM yang mempunyai pengaruh tinggi di Perak termasuk Gunung Semanggol. Manakala di Gunung Semanggol pula merupakan tempat tumpah darah Hizbul Muslimin di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Suatu kesimpulan yang dapat ditarik ialah UMNO di bawah pimpinan Datok Onn hanya berjuang untuk mempersatukan orang Melayu sahaja, tidak berjuang untuk kemerdekaan tanah air.


Walau bagaimanapun, dalam memoirnya Abdullah C.D. mengakui UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman terutamanya pada tahun 1950 -1957 juga berjuang untuk kemerdekaan. Mengikut Abdullah C.D., walaupun pucuk pimpinan UMNO bersekongkol dengan penjajah British, akan tetapi anggota-anggota UMNO berdarah merdeka. Ini diperhebatkan lagi apabila ramai anggota pertubuhan kiri terutamanya dari PKMM yang menyertai UMNO setelah pertubuhan itu diharamkan oleh kaum penjajah British seperti Mustapha Hussein, Ghafar Baba, Hasnul Hadi dan lain-lain.


Dalam Memoir Abdullah C.D. Bahagian Kedua, beliau menulis:
“Gerakan kemerdekaan mulai berkembang dalam tubuh UMNO sehingga menimbulkan krisis yang tajam di dalam pucuk pimpinan UMNO”

“Pemilihan Presiden UMNO tahun 1951 memberi gambaran bahawa golongan patriotik-demokratik sedang berkembang dalam tubuh UMNO”. “Inilah tahap baru perjuangan kemerdekaan. Pendek kata di hutan, di desa dan dibandar semuanya bergerak untuk kemerdekaan. Perjuangan kemerdekaan telah berpadu menjadi satu arus yang raksasa.”

Akan tetapi, dalam Perundingan London, Tunku telah mengkhianati harapan rakyat semua kaum untuk kemerdekaan penuh tanah air dengan menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh kaum penjajah British dan meneruskan perang ke atas PKM dan pasukan TPNM.

Gerakan dan Toko Kiri

Buku ini terutamanya memaparkan kisah hidup dan perjuangan Kamarulzaman The, bekas Ketua API Pahang, 1946-1947. Namun, kehebatan Kamarulzaman bukanlah terletak pada perananya sebagai Ketua API Pahang sahaja, kerana dia juga pernah bergerak di bawah tanah sebagai aktivis MPAJA dan sebagai kader PKM. Di samping itu, dia mungkin merupakan tahanan politik yang paling lama, kerana dia pernah dipenjara selama 14 tahun, kemudian ditahan pula di bawah ISA selama 8 tahun. Walau bagaimanapun, untuk melihat konteks perjuangan Kamarulzaman, buku ini turut memaparkan gerakan politik yang pernah muncul di Pahang sebelum Perang Dunia Kedua, dan gerakan politik kiri yang muncul di Temerloh sebelum dan selepas Darurat. Sebenarnya, peranan dan perjuangan Kamarulzaman terkait erat dengan peranan Temerloh sebagai pusat gerakan politik kiri yang terpenting, malah merupakan lambang gerakan politik kiri di negara ini.

Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan

Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, gerakan nasionalisme Melayu terbahagi kepada aliran kiri dan aliran kanan. Aliran kiri dipelopori oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM), diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS). Aliran kanan pula dipelopori oleh persatuan Melayu negeri-negeri dan diteruskan oleh United Malays National Organisation (UMNO) dan berjaya mencapai kemerdekaan. Perjuangan nasionalisme aliran kiri memang tidak berjaya mencapai matlamatnya. Gerakan nasionalis kiri terpinggir dan terkeluar dari arus perdana kerana tekanan penjajah dan hanya mendapat sokongan daripada golongan minoriti Melayu. Namun, satu kelompok kecil dari kalangan pemimpin gerakan nasionalis kiri Melayu ini telah memilih jalan lain untuk meneruskan perjuangan mereka. Mereka menyertai perjuangan bersenjata mulai 1948 bersama Parti Komunis Malaya (PKM) setelah mendapati perjuangan secara damai tidak dapat diteruskan lagi. Perjuangan mereka ini hanya berakhir dengan termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989 di Haadyai. Buku ini mengandungi 11 bab yang antara lain kandungannya melingkari topik berkenaan gerakan politik, perjuangan kemerdekaan tanggapan umum terhadap perjuangan melingkari topik berkenaan gerakan antikolonial, gerakan politik, perjuangan kemerdekaan dan tanggapan umum terhadap perjuangan bersenjata nasionalis kiri pada zaman penjajah. Untuk buku ini, penulis melakukan penyelidikan dengan menggunakan tiga sumber termasuk sejarah lisan. Penulis juga menemubual secara langsung tokoh-tokoh Melayu berkenaan.

Powered By Blogger

My Blog List